top of page

Pogba 'dalam proses' tinggalkan MU - Raiola

Updated: Jul 9, 2019


PEMAIN Manchester United, Paul Pogba.

LONDON: Ejen Paul Pogba, Mino Raiola ‘dalam proses’ untuk mengeluarkan bintang Perancis itu dari Manchester United, katanya kepada The Times, semalam.


Pemain tengah itu mengharungi kempen turun naik di Old Trafford sejak menyertai semula kelab itu dengan rekod dunia 105 juta euro (RM487.70 juta) pada 2016 dari Juventus.

Raiola mendakwa bos-bos di United turut mengetahui pemenang Piala Dunia itu mahu meninggalkan gergasi Inggeris itu.


“Semua orang di kelab itu, daripada pengurus kepada pemilik, tahu kehendak Paul,” kata Raiola kepada akhbar British, The Times. “Semua orang sedar keinginan Paul untuk berpindah. Kami sedang mengharungi proses berkenaan. Semua orang tahu bagaimana perasaan Paul.”


Raiola turut menyuarakan keraguannya sama ada Pogba akan menyertai skuad jurulatih Ole Gunnar Solskjaer ke jelajah pra-musim di Australia dengan pemain-pemain dijadualkan berlepas esok.


United sebelum ini menegaskan Pogba akan berada dalam pesawat berkenaan.

“Saya tidak boleh memberitahu kamu apa-apa. Setiap hari adalah berbeza,” kata Raiola.

Pogba ketika berada di Tokyo, bulan lalu berkata: “Mungkin ini masa yang baik untuk mendapatkan cabaran baharu di tempat lain.”


Sekali pun meledak 16 gol musim ini, yang separuh daripadanya berpunca sepakan penalti, Pogba kerap dikritik susulan sumbangannya ketika di bawah kendalian Jose Mourinho dan Solskjaer dengan United menamatkan saingan Liga Perdana di tangga keenam.


Solskjaer dikatakan merancang untuk memberikannya peranan sebagai naib kapten pada musim depan sebagai usaha memujuknya kekal di United tetapi Real Madrid dan juara Itali, Juventus berterusan dikaitkan dengan perpindahannya. - AFP


Read More : https://www.l7gaming.com/

0 views0 comments
bottom of page