top of page

Salah Terlepas Sesi Latihan

Updated: Jul 9, 2019



Mohamed Salah terlepas sesi latihan selepas dilanda selsema

KAHERAH: Penyerang sensasi Mesir, Mohamed Salah terlepas sesi latihan selepas dilanda selsema, hari ini, dua hari sebelum tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika itu bertemu Afrika Selatan di peringkat 16 terbaik.


Persatuan Bolasepak Mesir dalam satu kenyataan di Twitter menjelaskan jurulatih, Javier Aguirre mengarahkan bintang Liverpool itu tidak menyertai latihan “supaya keadaannya tidak bertambah teruk” tanpa memberikan penjelasan lebih lanjut.


Salah, yang meledak dua gol dalam tiga perlawanan di peringkat kumpulan adalah salah seorang pemain terkemuka dunia beraksi di kejohanan kali ini dan juga ikon di negara kelahirannya.


Ketiadaan Salah pasti menjadi tamparan hebat buat juara tujuh kali itu, yang tetap dikritik susulan prestasi yang ditampilkan di peringkat kumpulan sekali pun menang ketiga-tiga perlawanan tanpa melepaskan sebarang gol.


Peminat Mesir melihat skuad ketika ini seperti bayangan pasukan yang memenangi tiga gelaran berturut-turut kejohanan benua itu di antara 2006 hingga 2010. - REUTERS


1 view0 comments
bottom of page